Thursday, October 25, 2012

Ciri-ciri Kayak






PANJANG

Kayak yang lebih panjang cenderung untuk bergerak lebih cepat dalam garis lurus. Kayak yang lebih pendek tidak begitu laju dan lebih mudah dikendalikan. Kayak yang yang lebih panjang lebih sesuai untuk pelayaran di atas air terbuka, tetapi sedikit terhad di kawasan sempit. Kayak yang lebih pendek akan menjadi pilihan yang terbaik untuk meneroka muara sungai atau tasik dan sungai-sungai kecil, tetapi mungkin tidak akan mempunyai ruang peralatan yang cukup dan kurang laju.



LEBAR

Lebar kayak diukur di bahagian yang paling luas, biasanya di pertengahan kraf. Secara umumnya, lebih lebar sesuatu kayak, lebih stabil kayak tersebut. Dengan menambah lebar akan mengurangkan kelajuan kayak. Sebuah kayak yang lebar, lebih baik dan sesuai untuk digunakan seseorang mengambil gambar, memerhati burung atau memancing, manakala kayak yang sempit akan menjadi pilihan yang baik bagi mereka yang ingin kayak dengan lebih cekap dan laju.



KERATAN RENTAS

Keratan rentas merujuk kepada bentuk sisi dan bawah kayak. Bagaimana bahagian bawah dibina memainkan peranan yang besar dalam kestabilan kayak.



BENTUK BAWAH

Kayak yang rata dibawah adalah sangat stabil dalam air yang tenang tetapi menjadi kurang selesa apabila melalui gelombang yang lebih besar. Bahagian bawah yang sederhana pula mulanya kurang stabil tetapi menjadi lebih cepat dan lebih stabil dalam air yang bergelombang. Selain itu, bahagian bawah yang berbentuk V lebih sesuai untuk ekspidisi tetapi mungkin mempunyai kurang kestabilan semasa ingin menaikinya.


credit